Friday, 19 October 2012

Astaghfirullah.........



Bishop; sebab itu kami wujudkan pelbagai aktiviti kehidupan manusia yg tiada padazaman Nabi Muhamaddahulu..
    sehingga hari ini ada pelbagai peranan manusia yg palsu…
    dari kecil kamu ke sekolah,ke universti,bekerja…
    di dalamnya terdapat berjuta2 juta pekerjaan (karier)..
    maka berjuta2 akitiviti maka berjuta2 jiwa hasilnya…
    Manusia ini sungguh bodoh….
    mereka bgtu menyayangi pekerjaan,
    malah kami buatkan mereka tersepit jika tiada kerjaya…
    oleh itu mereka akn menyayanginya..
    malah berebut2 memilikinya….

   Aku;untuk apa orang2 pak cik mewujudkn berjuta2 jiwa manusia…
    apa orang2 pak cik dah buat…
    tapi betul jugak sebab pak cik ni sendiri tak bekerja…sembayang je kuat..
  Bishop ;ada pelbagai agama di dunia ini,
   wajah2 manusia bergantung kepada agama yang mereka anuti,
   wajahorg2 islamlain,
   wajahorg2 kristianlain,
   wajahorg2 yahudilain,
   wajahorg2 hindulain,
   wajahorg2 budhalain…
   perbezaan wajah manusia pd mse itu sangat ketara….
   sebab aktiviti seharian mereka berlainan,
   aktiviti seharian mereka adalah agama,
   tidak wujud perkara lain…
   oleh sebab itukami berusaha untuk melucutkan wajah2 agama dalam diri mereka
   maka kami cipta aktiviti kehidupan yg kamu lihat pd hari ini…
   maka wajah mereka akan kelihatan sama saja…
   dan jiwa mereka pasti sama..
   misalnya begini…
 cubakamu lihat wajah orang yg berumur20 tahun pada hari ini,
  dan kemudian lihat wajah orang yg mempunyai umur yg sama,
  tetapihidup pada 30 tahun yg lepas….
  kamu bandingkan…
  adakah sama?
  (ni yang susah…aku termenung kejap,akal aku balik Malaysia kejap…mmm..amoi, awek, ane, karu,..)

   Aku;betul jugak ek….
   sebab macam dekat Malaysia,
   perbezaan generasi memang ketara…
   muka orang2 muda,
   melayu dah mcm cina,
   cina dh macam melayu..
   bohsia dah mcm amoi,
   amoi dah mcm bohsia…
   kadang2 tengok gambar dekat myspace, facebook, friendster..
   susah nak cam apa bangsa dorang…
   (dia ni tau pulak dia bohsia,amoi,myspace semua tu..hehe)
   Bishop ;mereka yg berjuta2 jiwa itu kami gabungkan aktiviti kehidupan mereka,
    untuk menghasilkan 1 wajah manusia baru,
    jiwa manusia baru,
   jiwa tanpa agama padanya,
    yang tidak terdapat pada mana2 zaman sebelum ini..
    dan mereka itu adalah jiwa pemilik wajah yg kamu panggil mereka sebagai…..”Cute”
    lihatlah!
    Orang spt mereka semakin membanjiri setiap pelusuk dunia….
    semakin melimpah memenuhi bangsa dan agama sendiri….
   maka tamatlah riwayat agama sedunia…

  Aku;mereka yang berwajah“cute” ???..
   macam orang2 saya bangsa melayu..
   tapi memang saya perasan muka dorang dah tak macam melayu,
   sebab memang bangsa Melayu kebanyakannya hensem2 & lawa,
   kulit mereka putih yang berubah atas factor kepanasan bumi Nusantara,
   macam orang agama budha..
   tapi tak jugak…ini suatu fenomena ajaib..
  Bishop ;lihat saja di alam maya (internet)..
   Mereka betul2 menyukai wajah mereka,
   malah berasa bangga,
   padahal mereka tidak menyedari kerosakan jiwa,
   dan mereka orang2 paling berpotensi untuk dimurtadkan,
  menyembahkami sedikit masa lagi…

   Aku;macamana orang2 pak cik menghitung potensi mereka untuk diperlakukan begitu?
   Bishop ;kamu datang kepada mereka,
    kemudian kamu suruh mereka membenci wajah mereka sendiri…
    lihatlah,
    mereka akan mempertahankan wajah mereka
    dan mereka pula berkata bahawa kamu ini org gila…
    dan ingatlah bahawa tuhan kpd Nabi Muhammad telah memberikan kami ramai pengikut dari kaum perempuan
   
   Aku;kalau begitu…golongan ini telah dipersiap2kan untukAl-Masih Dajjalke?
   Bishop ;
    ya….
    mereka adalah golongan paling lemah,
    jiwa2 mereka bergantung sepenuhnya kepada“barang buatan kami”….
   dan mereka yg lain jika tidak sempat didatangi Al-Masih Dajjal,
    akan diuruskan olehLucifer = Iblis
   Lucifer akan dtg apabila mereka di waktu ajal maut (ketika kematian)….
   Lucifer membisikkan ke telinga mereka akan pertolongan dari sakitnya maut…
   dan mereka akan dihantar ke neraka selama-lamanya….
    dan ia telah berlaku……

    Aku;ini semua mengarut…..apa buktinya?
    (aku rasa terkejut…kali ini baru jiran ketawa tapi dengan cara yang sopan )
  Bishop ;
   baru2 ini kami terima berita mengenai si penjaga kubur MakamNabi Muhamad,
   dia membacaal-qurandisisi makam dan tertidur,
   kemudian dia bermimpi bahawaNabi Muhamaddtg kpdnya
   dan mengatakan bahawaNabi Muhamadtelah mengunjungi umatnya
   dan mendapati bahawa dalam60,000 org islam yg kembali kepada tuhannya,
  tiada seorang pun yg benar2 beriman kpd tuhan.
   dan kamu tahu bahawaLucifertidak diizinkan untuk menyamar sebagaiNabi Muhamad.(sama ada mimpi atau realiti)
    (pergh……cuak jgk aku dgr,cm ne dorg bleh survey cm ni skli,
    berdasarkn wajah..
    dan create suatu kehidupan yg melahirkan bangsa yg korg suke kata bila nmpk je kte….”cute nyer awek ni”)
    (aku rse dorg yg mukaCUTE  macam ni dalam pemerhatian gereja….
    rupa2nya dorg benar2 tahu diri kita lebih dari kita sendiri….”cute”banyak maksud )
    Nasib baik cerdik pandai tak buat akaun facebook, beruntunglah mana2 manusia yang tak dedahkan gambar ke sana  !!!

Apabila membaca petikan di atas saya terfikir,
Bishop ini tahu juga bahawaIblis/ Lucifertidak diizinkan menyerupai RasullulahNabi Muhamad.
Saya ingatkan hanya umat Islam yang tahu tentang perkara ini.
Ini menunjukkan pihakGereja Roman Katholiktahu bahawasanyaagama Islam sememangnya agama yang betul & benar!!!


ni baru setengah jer.........
kalau nak full.....
klik kat bawah ni


baca btol2.. bnda ni agak serius.
ape2 komen. taip jer.
sama2 kita belajar........

Wednesday, 17 October 2012

Bismihi Taala........
Saat ini., detik ini. duniaku seakan sepi.....
Sepi tanpa sebarang melodi......
sunyi.sendirian. itulah yang ku hadapi saat ini......
 Ya Allah,. aku tahu waktu ini.
waktu terbaik untukku bermuhasabah diriku.
Ya Allah.ampunilah dosaku....... 
Ya Allah.. ampunilah dosa kedua ibu bapaku.
Ya Allah.... ampunilah dosa saudara seislamku., yang sntiasa mngharapkan perlindunganMu

Ya Allah..aku manusia yang lemah......
Bimbinglah hambaMu ini Ya Allah......
Beriku kekuatan hati untuk menghadapi liku2 kehidupanku ya Allah...

Aku lemah....... hanya secebis ujian yang diberi...
Aku seakan jatuh.. dalam menghadapinya.
Ya Allah...... kurniakan kami ketabahan dalam menempuh ujianMu kali ini.......



Aku teringat sesuatu dan aku berdoa agar aku tidak akan pernah pertikaikan.........



Wednesday, 3 October 2012


Aku percaya dengan takdirku. Mungkin bukan rezekiku kali ini. Aku akan terus bangun meneruskan hari yang mendatang dengan senyuman. Bukan senyuman pasrah tetapi senyuman yang membangkitkan diriku dari terus terlena dan memulakan hari baru kerana PenciptaKu yang satu. Yang Agung.

Teruskan hari dengan kekuatan diri agar tidak terus tersungkur dek permainan dunia yang penuh dengan persaingan, penipuan, dan penuh kepura-puraan. Aku terus menggagahkan diri dengan kenyataan yang benar. 
Aku ingin hidup dengan kebenaran,.. agar akhiratku kelak terjamin. 
Aku benci dengan hipokrit……… Diriku adalah diriku. Jangan menilai diriku dengan perspektif pertama yang dilihat…

Tetapi itulah hakikat dan realiti dunia sekarang…….


Wednesday, 29 August 2012


Duduk Antara Dua Sujud Ketika Solat | Tahukah kita maksud doa yang kita ucapkan itu?
Posted on 27/09/2010 by admin1
Dalam tidak sedar setiap hari kita memohon didalam solat kita tetapi sayangnya, kita hanya memohon tanpa memahami… sekadar tersebut dibibir, tetapi tidak tersentuh dari hati kita selama ini..
Marilah kita mula menghayati doa ketika kita duduk di antara dua sujud semasa solat.
1) Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
2) Warhamni (sayangi aku) 3) Wajburnii (tutuplah aib-aibku) 4) Warfa’nii (angkatlah darjatku) 5) Warzuqnii (berilah aku rezeki) 6) Wahdinii (berilah aku petunjuk) 7) Wa’Aafinii (sihatkan aku) 8. Wa’fuannii (maafkan aku)

Betapa besarnya nilai sebuah doa ini..sebuah doa yang kita mungkin hanya baca sambil lewa sahaja. Dalam tidak kita sedar selama ini kita seperti sedang berpura-pura memohon sesuatu. Jadi sekarang setelah anda tahu maksud yang anda ungkapkan itu maka hafalkan maksudnya dan ungkapkanlah di dalam solat anda dengan sepenuh hati dan pengharapan.
( copy paste… moga dapat diamalkan J )






Bismihi taala……
Bzzzzzzzz… tu je yang aku bole taip kat sini.. tak sampai seminggu berhari raya kat umah. Terus bz sampai macam ni skali……. Keputra, assignment, test, study……… arghhhhhhhhhh…

Tapi yang paling terkesan skali keputra la…. Satu benda da settle, datang lagi satu benda…. Cabaran dan dugaan dalam hidup… innalillah. Tapi. Takpe. Banyak sangat benda yang aku blaja dari situ…

Aku da tau macam mana nak berurusan dgan hep……. Macam mana nak bekerja dalam satu organisasi.. macam mana nak kendalikah satu program….. walaupown x la bnyak sgt aku blaja. Ckit2 pown jadila…..
Alhamdulillah..



Satu lagi masalah besar…….. simba sakit. Die jangkit selsema ngan aku ke ? tak bole la tengok kucing yang aku sayang sakit…..  da puas nangis da… Ya allah selamatkanlah simba…. Ameen..

Monday, 30 July 2012

Bulan puasa yang penuh dugaan dan cabaran..... 
Arghhhhhhhhhhhh.......... im so sad, aku da berazam nak jadikan ramadhan tahun ni, ramadhan yang terbaik dalam hidup aku.... tapi, gagal lagi... sedey, pedey laa.........


Syumulkah islam ku...
Iman manusia turun naik... sama spertiku..
ketara sangat,... dont judge the books by its cover
kalau kita nampak gurlz yang pakai tudung labuh, semua kita  assume dye baik kan.....
Tapi, ada segelintir yang masih tercari2 dan ingin membiasakan diri dengan kehidupan islam yang sebenar..
Same as me... Family aku biasa2 je..
Tudung labuh sebab aku dari sekolah agama..
 Tapi, aku tetap tekadkan hatiku untuk bertudung labuh..
Bukan kerana aku dari sekolah agama, tapi,,, Aku nak jadikan islam itu syumul dalam segenap aspek kehidupanku... jihadku, walaupun hanya dengan bertudung labuh. 
Sukar pada mulanya... Alhamdulillah, Allah permudahkan jalanku


terigat sewaktu dipaksa ke sekolah agama.. 
hatiku memberontak....
Kenapa perlu ke sekolah agama...
Pengetahuan & cara pemikiranku terlalu sempit dan tak matang....
Kini........
Aku bersyukur,, banyak hikmah aku berada di sekolah agama...
Allah mengujiku.. aku kembali kepadaMu YA Allah
Hidupku matiku ibadahku hanya padaMu YA Allah..
Aku serahkan segala ketentuan hidupku padaMU
Kuatkanlah aku untuk menerima segala ketentuan yang telah Engkau tntukan.

Thursday, 7 June 2012

Realiti dunia (NOW)

Penipuan.pemalsuan.pura2... mengaburi kebenaran di dunia ini.... mata lihat cantik.sempurna.d bomb...tapi, kenyataan tiada yang kelihatan..( macam susah je nak faham, ayat aku ni)
mcm ni lah ye..
1) pemimpin rakyat yg dipndang tinggi.. tapi, ada yg buat perkara tak senonoh... khalifah ape mcm tu????
2)suami yg berlagak soleh, tapi kat luar.. cari perempuan lain... dah ada yg halal tak nak jaga.. kenape nak jaga  benda yang haram... bengeng kan ?
3) peperangan dunia, pasal syria .. tak nampak mcm serius kan...sebenarnya da sgt serius, da tahap kritikal da ni . . .ramai yang tak tahu, sebabnyer berita luar negara dikawal oleh israel...cth (reuters) 2 yg ingat sebab selalu baca kosmo & metro


haa.. faham tak kalau aku wat contoh macam ni.... 
ni,, semua orang islam yg btol2 berpegang ngan ajaran islam yg betul kena tahu benda ni...



Nota ini adalah hasil perkongsian tokoh ulama’ Syria, Syeikh Hassan di UPM ketika beliau datang ke Malaysia akhir tahun lepas dan menceritakan peristiwa sebenarnya yang berlaku di Syria.
PERISTIWA SYRIA

Syria merdeka dari penjajahan Perancis pada 1945, dan telah diperintah oleh anak bangsa Syria sendiri sehingga zaman Hafez Al-Assad yang telah memerintah selama 32 tahun dan diikuti oleh anaknya Basyar Al-Assad yang telah memerintah selama 11 tahun. Syria telah menjadi negara yang diperintah oleh diktator.
Hafez Al-Assad berpegang pada Syiah Nusairiyah, yang menyimpan perasaan dengki terhadap rakyatnya yang majoriti merupakan Muslim Sunni. Pengikut Syiah Nusairiah turut mencaci dan menghina Saidina Aishah dan Ummahatul Mukminin radhiyallahu anhum. Ajaran ini telah diharamkan sembelihan mereka, dan mereka sendiri tidak solat di masjid pengikut ahli sunnah wa jamaah. Mereka terkenal dalam melakukan kejahatan yang pelbagai.
Kerajaan Syria didokong oleh Iran yang terkenal dengan Syiahnya, bahkan Hafez sendiri merupakan pelampau Syiah.
Syeikh Hassan seterusnya menceritakan tentang Syria yang mana 6 peratus darinya merupakan Syiah Alawie, 10% darinya beragama Kristian dan 84% daripada rakyatnya beragama Muslim Sunni. Iran mempertahankan tindakan ganas regim Hafez yang membunuh rakyatnya sendiri. Begitu juga Hizbullah di Lubnan juga menyokong tindakan Hafez Al-Assad.
Bermula zaman ayahnya- Hafez Al-Assad- konflik berdarah di Hama pada tahun 1982 yang berlaku selama 27 hari mengorbankan hampir 46,000 penduduk Hama. Peristiwa ini menyebabkan rakyat Syria mendiamkan diri dari politik hingga kini. Rakyat mula kembali bangkit terhadap kezaliman yang berlaku semenjak 8 bulan yang lalu. Permulaan revolusi berlaku di Hama, kemudian merebak ke bandar-bandar lain seperti Dar’aa, Hauran, Halab bahkan sehingga ia berlaku di 157 tempat di Syria.
PUNCA KEBANGKITAN
Ada sekumpulan kanak-kanak seramai lingkungan 28 orang bermain-main dan telah menulis sesuatu di dinding sekolah mereka. Apa yang ditulis oleh kanak-kanak ini ialah “RAKYAT MAHU JATUHKAN KERAJAAN”. Slogan ini telah dilaungkan di negara-negara yang berlaku kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Pasukan keselamatan Syria telah menangkap kanak-kanak ini. Mereka telah diseksa dengan cara mencabut kuku-kuku kaki dan tangan mereka. Salah seorang kanak-kanak itu telah meninggal dunia dan keluarganya meminta mayat kanak-kanak itu serta kanak-kanak lain dilepaskan. Kerajaan telah meletakkan syarat di mana bila mahu lepaskan kanak-kanak itu, mereka perlu memberi wanita-wanita di kalangan mereka untuk dinikahi oleh puak-puak kerajaan Syria ini (satu bentuk penghinaan), maka berlakulah kebangkitan di Syria.
BENTUK KEZALIMAN YANG BERLAKU SEPANJANG TEMPOH SAURAH (KEBANGKITAN)
1- Dalam masa 42 hari telah terbunuh Syahid seramai 4,000 orang rakyat Syria.
2- 39,000 orang telah cedera, mereka tidak dirawat dan dibiarkan sahaja.
3- Satu peristiwa di mana seramai 19 orang doktor di hospital dan 40 orang pesakit di hospital tersebut dibunuh tentera Assad di wilayah Doma.
4- 9,000 tahanan ditahan.
5- 413 orang telah syahid di dalam penjara.
6- Wanita-wanita diculik dan dibawa ke tempat yang tidak diketahui. Wanita ini telah dirogol di hadapan abang-abang, ayah, anak-anak, dan ahli keluarga mereka. Sebelum dirogol, mereka digari terlebih dahulu.
7- Seorang ukhti bernama Zainab Al-Husni dari Hims, di Madinah Khalid bin Al-Walid. Beliau telah ditangkap dan mahu diperkosa oleh tentera yang menangkapnya. Tetapi beliau melawan. Lantas beliau dibunuh dan telah dipotong 4. Anggota badan yang dikerat itu dimasukkan ke dalam plastik, lalu dicampakkan ke hadapan keluarga beliau.
8- Mengucapkan takbir merupakan sesuatu yang tidak disukai.
9- Menyuruh tukar Laa Ilaha Illa Basyar Asad.
10- Basyar Assad juga daripada kelompok Syiah yang terkeluar daripada Islam dan mengharuskan untuk membunuh Muslimin Sunni. 84% daripada posisi kepimpinan Rejim Basyar Assad dipegang oleh kaum keluarga mereka yang terdiri daripada 3 keluarga besar, 6% daripada posisi tersebut pula daripada kaum Ajam dan 10% lagi daripada golongan Kuffar. Tiada posisi bagi Ahlus Sunnah wal Jamaah. Kezalimannya terhadap wanita dan kanak-kanak juga terlalu dahsyat melebihi Israel. Rakyat Sunni dibunuh sesuka hati tetapi walau seorang Israel pun tidak ditumpahkan darah.
FATWA ULAMA TENTANG SAURAH DI SYRIA
Rabitah Ulama Syria yang diasaskan oleh Dr Ali As-Sobuni dan Rabithah Ulama Sedunia telah berfatwa kepada rakyat Syria agar mempertahankan rumah mereka daripada keganasan tentera walaupun dengan menggunakan pisau dengan berdalilkan hadis berikut:
“Barangsiapa terbunuh mempertahankan hartanya, maka dia syahid; barangsiapa terbunuh mempertahankan ahli keluarganya, maka dia syahid; atau mempertahankan agamanya, maka dia syahid” -hadith ini dikeluarkan oleh Abu Daud dalam Sunannya (2/275) An-Nasaie dan Tirmidzi dan disahihkan oleh Imam Al-Albaniy dan Ahmad (1652 dan 1653) dari jalan Said Bin Zaid dan sanadnya Shahih.
PERKARA TERBARU

1- Masa depan kebangkitan ini begitu baik. Ia berterusan dan semakin kukuh. Lebih 30,000 tentera yang terdiri dari pegawai telah bersama rakyat. Mereka ini telah melindungi orang-orang yang turun berdemo kerana tidak tahan melihat kekejaman rejim Basyar Assad ini yang sesuka hati membunuh rakyatnya sendiri.
2- Pertubuhan Arab (Liga Arab) telah mengambil pendirian tentang apa yang telah Syria lakukan terhadap rakyatnya. Mereka tidak membenarkan pegawai-pegawai Syria memasuki tanah mereka. Tetapi ada dua negara yang tidak berpendirian sedemikian iaitu Iraq dan Lubnan. Iraq tidak berpendirian sedemikian kerana pemimpin Syria merupakan orang Syiah dan mereka selalu meminta pertolongan dari Iraq kerana Iraq merupakan negara Syiah.
3- Syeikh Yussuf Al-Qaradhawi telah mengeluarkan fatwa bahawa mereka yang terbunuh dalam keadaan yang sebegini adalah seorang yang syahid.
4- 95% ulama Syria telah bersama dalam kebangkitan rakyat ini.
5- 19% negara-negara Arab telah mewajibkan sekatan politik dan ekonomi ke atas Syria.
KENAPAKAH KITA KURANG MENGETAHUI DENGAN JELAS ISU SYRIA?
1- Gambaran tentang Syria agak tidak jelas bila dijelaskan oleh media, kerana itu Syeikh Hassan dihantar bagi menjelaskan apakah sebenarnya yang berlaku.
2- Media barat sebenarnya tidak mahu manusia dunia tahu akan apakah sebenarnya yang berlaku di Syria. Lalu mereka telah memutarbelitkan fakta.
3- Syeikh Khalid Hasan bercerita, ketika beliau di Indonesia dan bertemu dengan seorang teman, teman itu berkata dia lihat di akhbar bahawa ramai orang menyokong Kerajaan Syria. TV Indonesia juga menyiarkan bahawa ramai yang menyokong Kerajaan Syria yang dipimpin oleh Basyar Al-Assad. Apa yang berlaku sebenarnya ialah, kerajaan telah mengumpulkan pegawai-pegawainya supaya berkumpul dalam erti kata lain mahu menunjukkan kepada dunia bahawa Basyar Al-Assad ini mempunyai ramai yang menyokong beliau.

4- Jangan terpedaya dengan kenyataan-kenyataan yang kita dengar dari ahli intelektual Syria dan ahli politik Syria bahawa Syria menentang Israel. Kerana sejak zaman ayah Basyar Al-Assad lagi (Hafez Al-Assad) tidak satu peluru pun yang singgah ke tanah Israel. Bahkan Tanah Tinggi Golan yang terletak di Tanah Syria telah dikuasai oleh Israel.
5- Kita banyak tidak tahu tentang isu Syria selama ini sebab media telah dikawal oleh pihak rejim Basyar Assad. Manakala sumber media lain tidak dibenarkan memasuki Syria untuk membuat liputan. Segala gambar dan video yang menjadi bahan bukti adalah hasil rakaman daripada para pendemonstrasi yang bertekad untuk merakam sendiri kezaliman tersebut dan kebanyakan daripada mereka telah menemui syahid. Sebahagian rakaman lain telah dijual oleh tentera rejim Basyar Assad dengan harga 100 dolar. Syeikh Dr Khalid Hassan Al-Hindawi merupakan delegasi khas Syeikh Dr Yussuf Al-Qaradhawi ke Asia Tenggara untuk menyampaikan dan menyebarkan berita sebenar.
PERANAN KITA SELAKU SEORANG MUSLIM & SELAKU SEORANG MANUSIA
-Mendoakan saudara kita di Syria
-Menghulurkan bantuan untuk mereka dari segi kewangan
-Menyebarkan berita sebenar tentang apa yang berlaku di Syria
PENUTUP
Ingatlah Saudaraku, Nabi SAW bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa yang tidak mengambil tahu hal orang Islam yang lain, maka bukan dari kalangan kami”
dan ingatlah selalu akan tempat kembali bagi mereka yang zalim:
Kalam Saidina Ali KWJ; “Sesungguhnya negeri yang batil itu sekejap sahaja sedangkan negeri yang benar itu tetap sehingga datangnya kiamat”.
Firman Allah Taala dalam Surah Al-Isra’ ayat 81:
“Dan katakanlah: Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap”.
Firman Allah dalam Surah Ar-Ra’d ayat 17:
“adapun buih itu maka akan hilang lenyaplah ia hanyut terbuang, manakala benda-benda yang berfaedah kepada manusia maka ia tetap tinggal di bumi. Demikianlah Allah menerangkan misal-misal perbandingan”.
(Disampaikan pada 6 Disember 2011 di Uni Putra Malaysia)
wallahua'lam  

Saturday, 24 March 2012



Astaghfirullahala'zim...
Manusia memang sukakan kecantikan, keindahan, kesempurnaan.. termasuk diriku.. tapi, terkadang aku sering tersasar dalam mencari keindahan semata-mata. Demi keindahan, syariat terkadang terlepas pandang.. Astaghfirullahal a'zim...
Ampunilah dosaku Ya Allah.. Cinta dan hati ini belum memenuhi kesempurnaan cintaku padaMU.. Kuatkanlah hambaMu ini untuk mencintaiMu, mencintai hamba-hambaMU yang berusaha menyayangiMu




Cinta berlandaskan nafsu.. jangan dilayan.. Sangat bahaya, keseronokan tu memang ada, Tapi, kebanyakannya terkandas di tengah jalan. ( baru nak start pun kita bole tarkandas). Cinta fitrah manusia.. Manusia  tiada hak nak buang perasaan tu. Tapi boleh dikawal dengan hati yang sentiasa mengingati Allah dan doa sebagai senjata muslimin...  Allah akan tetapkan berikan  yang terbaik untuk hambaNya yang berusaha mencari kebaikan....

 Luahan rasa untuk dikongsi dan muhasabah diri sendiri... mungkin ada yang mengatakan "cakap senanglah, nak buat susah" betul, aku tidak nafikan.. Tekadkan hati, sama2 kita mencuba. TAHNIAH aku ucapkan kepada hamba Allah yang berjaya mengawal hatinya. Sedangkan aku masih mencuba sehingga saat ini....



Thursday, 1 March 2012

Kisah Cicak


Cicak



ARab panggil wazgah, omputih kate lizard...
Hukum makannya: Tentulah haram...
Hukum bunuhnya: Sunat dan Sunnah..
Dalilnya:

1. Ummu Syarik telah berbincang dgn Nabi berkenaan dgn membunuh cicak ni..NAbi menyuruhnya membunuh cicak. (Bukhari dan MUslim)
2. Nabi s.a.w bersabda:

(أقتلوا الوزغة ولو في جوف الكعبة)
Maksudnya: Bunuhlah cicak walaupun dlm ka'bah.(HR Tobrani)


Sebab perlu dibunuh:

1. Nabi menyuruh supaya membunuh cicak dan memanggilnya sebagai Fuwaisqa (binatang kecil yg jahat). Baginda bersabda pd menyatakan sebabnya:

(كان ينفخ النار على إبراهيم)
Maksudnya: Cicak telah meniup api bg api tu besar kpd Nabi Ibrahim. (HR Bukhario dan MUslim).

2. Pahala yg banyak bg yg membunuh cicak. Nabi s.a.w brsabda:

(أن من قتلها في الأولى فله مئة حسنة وفي الثانية دون ذلك وفي الثالثة دون ذلك)
Maksudnya: Sesungguhnya sesiapa yg membunuhnya dgn sekali pukulan maka dia mendapat seratus pahala, sesiapa yg mebunhnya pd pukulan yg ke2 dia mendapat kurang cikit (70phala) dan sesiapa membunuhnya dgn 3 pukulan maka dia mendapat kurang pahala dr yg lepas.

Imam 'Izzudin bin Abd Salam telah meyatakan sebab kpd banyaknya pahala pd pukulan pertama adalah kerana ia adalah ihsan ketika membunuh binatang; kerana ia mengurangkan kesakitan binatang. Nabi bersabda:

(إذا قتلتم فأحسنوا القتلة)
Maksudnya: Bila kamu membunuh hendaklah bersikap ihsan ketika membunuh.(Muslim).