Wednesday, 3 October 2012


Aku percaya dengan takdirku. Mungkin bukan rezekiku kali ini. Aku akan terus bangun meneruskan hari yang mendatang dengan senyuman. Bukan senyuman pasrah tetapi senyuman yang membangkitkan diriku dari terus terlena dan memulakan hari baru kerana PenciptaKu yang satu. Yang Agung.

Teruskan hari dengan kekuatan diri agar tidak terus tersungkur dek permainan dunia yang penuh dengan persaingan, penipuan, dan penuh kepura-puraan. Aku terus menggagahkan diri dengan kenyataan yang benar. 
Aku ingin hidup dengan kebenaran,.. agar akhiratku kelak terjamin. 
Aku benci dengan hipokrit……… Diriku adalah diriku. Jangan menilai diriku dengan perspektif pertama yang dilihat…

Tetapi itulah hakikat dan realiti dunia sekarang…….


No comments:

Post a Comment