10 wasiat beliau kepada umat Islam ialah;
1) Apabila kamu mendengar azan, maka bangunlah dan menunaikan solat dengan serta merta walau dalam keadaan bagaimana sekalipun.2) Bacalah Al-Quran, atau tatapilah buku-buku, atau pergilah mendengar perkara-perkara baik ataupun amalkanlah zikrullah, dan janganlah sama sekali kamu membuang masa walau sedikit pun dalam perkara yang tidak berfaedah.3) Berusahalah seberapa daya upaya untuk bertutur dalam Bahasa Arab yang betul kerana Bahasa Arab yang betul ini adalah satu-satunya Syi'ar Islam.4) Janganlah banyak bertengkar dalam apa-apa perkara sekali pun pertengkarann kosong itu tidak memberi sebarang apapun jua kebaikan.5) Janganlah banyak ketawa kerana hati yang sentiasa berhubung dengan Allah itu sentiasa tenang lagi tenteram.6) Janganlah bergurau kerana umat yang sedang berjuang itu tidak mengerti melainkan bersungguh-sungguh dalam setiap perkara.7) Janganlah kamu bercakap lebih nyaring daripada kadar yang dikehendaki oleh para pendengar kerana percakapan yang nyaring begitu adalah satu resmi yang sia-sia malah menyakiti hati orang.8) Jauhilah daripada mengumpat-ngumpat peribadi orang, mengecam pertubuhan-pertubuhan dan janganlah bercakap melainkan apa-apa yang boleh memberikan kebaikan.9) Berkenal-kenalanlah dengan tiap-tiap saudara Ikhwan Muslimin yang kamu bertemu dengannya sekalipun dia tidak meminta kamu berkenalan; kerana asas gerakan Da'wah kita ialah berkasih sayang dan berkenal-kenalan.10) Kewajipan-kewajipan kita lebih banyak daripada masa yang ada pada kita, oleh itu tolonglah saudaramu sendiri tentang cara-cara bagaimana hendak menggunakan masa dengan berfaedah dan jika kamu mempunyai tugas-tugas sendiri, maka, ringkaskanlah pelaksanaannya.(2/3/2012, jumaat)